Hujan berterusan sejak Jumaat memaksa beberapa penduduk di Kampung Suang Punggur, Kota Belud berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).<br /><br />Ini susulan rumah mereka yang berada di kawasan rendah dinaiki air.<br /><br />Seorang warga emas, Narna Sumang, 64 tahun berkata, hujan berterusan menyebabkan air meningkat begitu cepat.
